Potensi penggunaan baja Organoseep terhadap prestasi pertumbuhan, produktiviti dan pengurusan penanaman pokok tomato (Solanum lycopersicum)

Md Salleh, Md Zakir (2017) Potensi penggunaan baja Organoseep terhadap prestasi pertumbuhan, produktiviti dan pengurusan penanaman pokok tomato (Solanum lycopersicum). PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Penggunaan baja kimia dalam pertanian boleh mencemarkan produk pertanian, tanah dan alam sekitar. Kesannya tanah akan menjadi asidik, padat, kehilangan keupayaan pegang air dan proses larut lesap nutrien. Dalam kajian ini baja Organoseep telah digunakan sebagai produk pengganti kepada baja kimia. Baja Organoseep dibuat daripada penapaian gabungan tumbuhan, haiwan dan mineral (penggalak baja) dengan menggunakan teknologi mikroorganisma efektif generasi baru yang diproses khas menggunakan formula baru. Ini merupakan kaedah baru dalam pengeluaran baja organik bagi menghasilkan produk pertanian hijau dan melindungi kelestarian alam sekitar. Objektif penyelidikan ini ialah mengkaji keberkesanan baja Organoseep terhadap pokok tomato (Solanum lycopersicum) terhadap tumbesaran pokok, pengeluaran bunga, hasil tuai perubahan pH media tanaman, lebar daun, dan kadar kematian. Perbandingan keseluruhan kos penanaman menggunakan empat jenis baja iaitu Organoseep, Organik, Biokimia dan Kimia. Kajian ini dijalankan di ladang fertigasi TS Agro Resort iaitu penanaman pokok tomato menggunakan sistem fertigasi dalam struktur perlindungan tanaman (SPT). Media penanaman adalah sabut kelapa. Pembajaan dilakukan setiap minggu selama 10 minggu, 100g bagi perlakuan Organoseep, Organik dan Biokimia dan 50g bagi baja kimia. Cerapan kematian adalah setiap hari, pengukuran ketinggian, lebar daun dan pH media tanaman diukur setiap seminggu sekali. Hasil tuai dan bilangan bunga dicerap dua kali seminggu. Dapatan kajian menunjukkan bacaan pH media penanaman baja Kimia dan Biokimia telah mengalami kadar penurunan ke arah asidik. Organoseep dan Organik, ke arah neutral atau sedikit alkali. Ke semua perlakuan adalah signifikan (p>0.05) terhadap tumbesaran dan kelebaran daun tetapi signifikan (p<0.05) terhadap bilangan bunga dan hasil tuai. Organoseep, Biokimia dan Kimia mengalami satu kes kematian daripada 90 sampel (0.01%). Manakala Organik tiada kematian dicatatkan. Keputusan tertinggi jumlah berat hasil tuai terkumpul bagi 90 pokok tomato ialah baja Kimia 40.40kb, diikuti Biokimia 36.85kg, Organoseep 36.45kg dan Organik 28.45kg. Hasil jualan kesemua perlakuan telah mendapat keuntungan selepas ditolak kos tetapi Nisbah Keuntungan Terhadap Kos Baja tertinggi adalah Organoseep 10.5411 unit, Kimia 9.1128 unit, Biokimia 7.6855 unit dan Organik 4.9623 unit. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan baja Organoseep sangat berpotensi menggantikan baja Kimia.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:S Agriculture > S Agriculture (General)
ID Code:10006
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:28 May 2018 14:36
Last Modified:28 May 2018 14:36

Repository Staff Only: item control page