Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu kajian

Mustapha, Mohd Musnizam (2001) Masalah-masalah yang dihadapi dan pengaruhnya terhadap pencapaian pembelajaran di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn: satu kajian. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Ton Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1708Kb

Abstract

Kajian kes ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun dua yang mengambil kursus Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masalah-masalah ini adalah yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka. Seramai 100 orang pelajar terlibat di dalam kajian kes ini. Kajian kes ini meninjau permasalahan bagi dua pencapaian CPA responden yang mewakili 3.0 ke atas dan 3.0 ke bawah. Responden diminta menjawab soal selidik yang diedarkan. Di dalam borang soal selidik, terdapat hanya enam masalah yang ditinjau untuk tujuan kajian kes. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, masalah rakan sebaya, masalah pensyarah dan masalah pengurusan masa. Hasil kajian mendapati masalah kewangan adalah merupakan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pelajar berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Masalah-masalah yang lain tidak memberikan kesan yang ketara kepada pencapaian dalam pembelajaran pelajar-pelajar ini. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar yang terlibat. Diharapkan dengan adanya kajian kes ini dapat meningkatkan lagi pembelajaran semua pelajar di KUiTTHO amnya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1003
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:19 Apr 2011 11:22
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page