Kajian sumbangan Sayyid Alwi Bin Tahir Al-Haddad dalam pengembangan islam di Johor: Analisis sumbangan dalam fatwa-fatwa Negeri Johor

Zainol, Nur Zainatul Nadra and Syed Abdullah, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus and Saparudin, Intan Farhana (2017) Kajian sumbangan Sayyid Alwi Bin Tahir Al-Haddad dalam pengembangan islam di Johor: Analisis sumbangan dalam fatwa-fatwa Negeri Johor. In: PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) VII, 8-9 OGOS 2017, 8-9 OGOS 2017, Johor.

Full text not available from this repository.

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/321572238...

Abstract

Sayyid Alwi Bin Tahir Al-Haddad atau lebih dikenali dengan Habib Alwi merupakan antara tokoh Ilmuwan yang terkenal di abad ke 19 Masihi. Beliau merupakan mantan Mufti Negeri Johor. Beliau telah memberi sumbangan yang signifikasi dalam pengembangan Islam dalam kalangan masyarakat Islam Nusantara khususnya di Alam Melayu dengan mengeluarkan fatwa-fatwa untuk kemaslahatan masyarakat Islam. Namun, generasi Islam kini tidak mengenali beliau bahkan tidak tahu sumbangan yang telah dicurahkannya. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan ketokohan Habib Alwi serta menganalisis sumbangan beliau dalam memperkasa bidang fatwa di Johor. Kertas kerja ini adalah kajian awal yang yang bersifat kualitatif yang menggunakan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data utama dan kaedah analisis data adalah berbentuk diskriptif. Hasil kajian menunjukkan Habib Alwi telah memberi sumbangan besar dalam memperkasa institusi keagamaan semasa menjawat jawatan Mufti Johor sebanyak 2 kali iaitu pada 1934-1941 dan 1948-1962. Beliau telah mengeluarkan hampir1200 fatwa dalam pelbagai bidang dalam usaha memelihara kemaslahatan umat Islam dan mendaulatkan agama Islam diNusantara. Fatwa dalam bidang akidah, syariah dan muamalat. Hasil kajian mencadangkan untuk melakukan kajian lanjutantentang fatwa-fatwa Habib Alwi.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Ulama Nusantara; Ulama Johor; Fatwa; Tokoh Terbilang Nusantara; Syariat Islam.
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
ID Code:10037
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page