Kelangsungan akal budi tempatan menerusi gaya kepimpinan Asia

Jaes, Lutfan and Hamzah, Shahidah and Abdul Aziz, Abdul Rahman (2017) Kelangsungan akal budi tempatan menerusi gaya kepimpinan Asia. In: Kelangsungan akal budi tempatan menerusi gaya kepimpinan Asia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Selepas tamat Perang Dingin, ahli sains politik meramalkan bahawa “peperangan” berikutnya merupakan peperangan peradaban yang merupakan nilai tertinggi dalam satu-satu budaya. Sumber konflik di pasca-Perang Dingin bukanlah kerana ekonomi, ideologi atau kepentingan negara-bangsa tetapi adalah berkaitan dengan persaingan identiti sesuatu peradaban. Oleh yang demikian, kajian cuba menelusuri gaya kepimpinan Mahathir dan Soeharto yang telah berjaya menggerakkan agenda pembangunan dinamik dengan sentuhan istimewa akal budi tempatan. Kajian satu (1) penggal pemerintahan mereka dijalankan bagi mengkaji gaya kepimpinan, sumber akal budi tempatan dan “set nilai” rumpun Asia yang mereka gunakan untuk menggerakkan agenda pembangunan. Analisis kandungan digunakan bagi mengkaji himpunan teks dan kandungan “Ucapan Tahun Baru”, “Ucapan Kemerdekaan” dan “Ucapan Parti”. Ia dimulakan dengan mengenal pasti kecenderungan pada rangkaian teks. Kemudian setiap “perenggan teks” dikelompokkan kepada “Dimensi Nilai” yang telah ditetapkan. Analisis ke atas “perenggan teks” dilakukan (sekali lagi) secara teliti bagi memahami maksud sebenar serta mengenal pasti nilai-nilai khusus yang ingin disampaikan. Kajian ini mendapati bahawa Mahathir meletakkan rangkaian ucapan parti sebagai rangkaian teks utama. Manakala Soeharto pula menjadikan rangkaian ucapan kemerdekaan (Pidato Kenegaraan) sebagai pilihan utama. Dimensi nilai ”Etika Kerja” pula merupakan dimensi dominan bagi Mahathir manakala dimensi nilai ”Berorientasikan Kuasa” mendominasi nilai Soeharto. Kesimpulannya, pemimpin dengan agenda pembangunan dinamik yang di perkasa dengan sikap yang betul dan penghayatan nilai masyarakat menjadi aspek terpenting kejayaan. Ia dapat dilakukan dengan pemugaran nilai budaya dan akal budi tempatan yang menjadi faktor penggerak kemajuan signifikan kepada kelestarian pembangunan rantau ini. Dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas pula kepada penggal-penggal pemerintahan mereka yang lain bagi menyokong dapatan yang sedia ada atau menghasilkan penemuan-penemuan baru yang menarik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Mahathir; Soeharto; Akal budi tempatan; Nilai asia; Gaya kepimpinan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:10038
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page