Prosiding persidangan pemantapan citra kenegaraan (COSNA 5)2017

Johar, Siti Sarawati and Md Yusoff, Rosman and Ani, Fauziah and Jaes, Lutfan (2017) Prosiding persidangan pemantapan citra kenegaraan (COSNA 5)2017. In: Di mana bumi dipijak: Seni kecerdasan emosi dalam menjana mahasiswa belia sebagai modal insan bertanggungjawab dan berhemah tinggi, 24-26 Oktober 2017, Universiti Sains Malaysia.

Full text not available from this repository.

Official URL: file:///C:/Users/UTHM/Downloads/ProsidingCOSNA5201...

Abstract

Kertas kerja ini lebih tertumpu pada perbincangan kepentingan pemantapan kecerdasan emosi dalam kalangan mahasiswa belia bagi mencapai domain insan yang lebih bersepadu. Perbincangan adalah dari segi konseptual, implikasi dan fungsi kecerdasan emosi mewujudkan golongan belia yang bertanggungjawab dan berhemah. Sumber modal insan dalam kalangan belia adalah teras utama pembangunan negara terutamanya dari aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Walau bagaimanapun peranan belia sebagai ejen perubahan masyarakat tidak akan bermakna jika transformasi itu adalah daripada kecerahan kepada kegelapan, daripada positif kepada negatif dan dari keamanan kepada kekacauan. Unsur-unsur penting yang perlu ada sebagai belia bukan sekadar hanya pada kecerdasan intelek, tetapi juga perlunya mempunyai kecerdasan emosi dan rohani yang mantap bagi mencapai penguasaan emosi, pemikiran dan tingkah laku yang positif. Oleh itu, keperluan memiliki kecerdasan emosi adalah sama penting dengan penguasaan kecerdasan intelek bagi mencapai suatu keseimbangan yang sebenar dalam kehidupan. Belia yang positif mampu berdiri sebagai seorang warganegara yang utuh jati dirinya dan berani menghadapi kompetitif dunia luar, malahan turut bijak menangani apa pun cabaran. Kecerdasan emosi dalam diri mahasiswa belia dapat membantu mentransformasikan harapan negara dalam usaha menjana modal insan yang berjiwa serta berminda kelas pertama, dengan adanya sifat patriotik dan tingkah laku yang berhemah tinggi sejajar dengan tuntutan sejagat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kecerdasan Emosi; Mahasiswa Belia; Modal Insan; Bertanggungjawab; Berhemah
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
ID Code:10039
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page