Pendayaupayaan bahasa Mandarin di Singapura era Lee Kuan Yew - Iktibar untuk bahasa Melayu

Jaes, Lutfan and Suhaimy, Khairul Azman and Damin, Zahrul Akmal and Ani, Fauziah (2017) Pendayaupayaan bahasa Mandarin di Singapura era Lee Kuan Yew - Iktibar untuk bahasa Melayu. In: Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat. Penerbit UTHM, pp. 19-36. ISBN 978-967-0754-83-2

Full text not available from this repository.

Abstract

Penulisan ini pada mulanya bertolak daripada wacana kepimpinan. Ia kemudiannya dikembangkan kepada aspek dasar dwibahasa dengan menumpukan kepada pendayaupayaan Bahasa Mandarin di Singapura. Pelaksanaan dasarnya cuba di analisis dengan mengambil iktibar tindakan-tindakan yang dikemukakan oleh Lee Kuan Yew yang merupakan “Bapa Singapura”. Dasar dwibahasa (bilingualisme) selama 51 tahun (sejak 1959) telah memberikan implikasi besar terhadap suasana ekonomi, politik dan sosial rakyat Singapura hari ini. Walaupun bahasa Inggeris berjaya menjadi alat perpaduan merentas etnik, namun bahasa Mandarin kekal berupaya. Analisis deskriptif melihatkan kekuatan peradaban dan penerapan akal budi yang tinggi di kalangan etnik Cina sebagai faktor penting selain daripada kebijakan-kebijakan kepimpinannya. Ia telah tertanam kukuh dalam sistem pendidikan aliran Cina dan telah dibugarkan dengan cara yang sesuai dengan pendekatan bernegara Singapura. Malah dalam era globalisasi yang melibatkan hubungan Timur (khususnya China) serta Barat (negara Eropah), bahasa Mandarin dominan dan melengkapi. Ini menjadikan Singapura sebagai sebuah negara dinamik dan fleksibel meletakkan dirinya di pentas dunia. Kejayaan peranan bahasa Mandarin di Singapura bagi mewakili etnik terbesarnya orang Cina; cuba diteliti dan difahami. Evolusinya direfleksikan semula dan diiktibarkan dengan usaha-usaha pendayaupayaan bahasa Melayu di Malaysia yang mewakili bahasa etnik terbesar (Melayu), bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan bangsa Malaysia. Penulisan ini secara dominan akan cuba membuktikan bagaimana peranan penting pemimpin dalam menentukan hala tuju rupa bahasa dan bangsa negaranya. Malaysia dan Singapura berkongsi faktor demografi, latar sejarah dan akal budi yang hampir sama. Ada iktibar yang boleh diperolehi. Diharapkan, satu harapan baru dalam hal kesinambungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pentadbiran, komunikasi antarabangsa, perpaduan dan jati diri.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
ID Code:10077
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:29
Last Modified:13 Aug 2018 11:29

Repository Staff Only: item control page