Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di Kolej Komuniti

Hashim, Hasmaini (2003) Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di Kolej Komuniti. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
7Mb

Abstract

Pemilihan dan penggunaan kaedah pembelajaran yang sesuai merupakan prinsip asas sesuatu pembelajaran yang berkesan. Penghasilan bahan pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu kaedah penerbitan modul pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesesuaian Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer (MPBK) bagi keperluan mata pelajaran Litar AU dalam tajuk Penghasilan AU terhadap pelajar Semester Satu Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti. Aspek yang dikaji adalah meliputi kesahan isi kandungan, rekabentuk MPBK Litar AU dan persepsi pelajar mengenai penguasaan isi kandungan, pembelajaran dan motivasi. Kajian ini dilakukan ke atas 60 orang pelajar yang mengikuti Kursus Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Seorang pensyarah pakar yang mengajar mata pelajaran Litar AU dipilih sebagai penilai. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa isi kandungan dan rekabentuk MPBK Litar AU yang digunakan adalah menepati keperluan sukatan pelajaran. Selain itu ia dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan, pembelajaran dan motivasi. Ini bermakna, MPBK Litar AU yang dihasilkan membantu proses pembelajaran secara berkesan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1008
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:19 Apr 2011 11:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page