Haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran dan Al-Hadis

Rusdi, Mikdar and Nordin , Shah Rul Anuar and Borham , Abd Shakor and Othman, Hussain and M. Khalid, Halimi and Abdul Rahim, Mohd Hisyam (2017) Haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam Al-Quran dan Al-Hadis. In: Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi Masyarakat. Penerbit UTHM, pp. 57-80.

Full text not available from this repository.

Abstract

Penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia. Ia membekalkan makanan dan minuman berupa daging, susu, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai memenuhi kelangsungan kehidupan manusia di dunia. Selain itu, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga dicipta untuk memelihara kelestarian ekosistem alam sekitar yang berperanan besar dalam pembentukan ekosistem bumi. Islam meletakkan nilai yang tinggi terhadap penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan berdasarkan peranan dan sumbangannya kepada kehidupan manusia. Ini dapat dilihat daripada penggunaan nama haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam surah al-Quran seperti surah al-Baqarah, surah al-Fil, surah al-Tin, surah al-An`am, surah al-Naml, surah al-Nahl dan surah al-Ankabut. Penggunaan namanama haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam surah seperti inimenunjukkan bahawa Islam sangat mengambil berat terhadappenciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta isu-isu yang berkaitan dengan penciptaan tersebut.

Item Type:Book Section
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP42-48 Study and Teaching
ID Code:10086
Deposited By:Student Praktikal UiTM
Deposited On:13 Aug 2018 11:31
Last Modified:13 Aug 2018 11:31

Repository Staff Only: item control page