Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan multimedia interaktif untuk subjek kejuruteraan jalan raya

Doni Erizal, Salpidin (2003) Pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan multimedia interaktif untuk subjek kejuruteraan jalan raya. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
852Kb

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan satu produk teknologi pendidikan berbentuk modul multimedia interaktif (MMI). Kajian awalan adalah mendapati kebanyakan pelajar Kejuruteraan Awam KUiTTHO menghadapi masalah dalam pembelajaran khususnya dalam topik Reka Bentuk Turapan. Dalam proses reka bentuk turapan, pelajar didedahkan kepada pelbagai kaedah untuk mendapatkan saiz turapan lentur dengan penggunaan rajah dan jadual yang berbeza. Proses pembelajaran ada kalanya boleh mengelirukan pelajar. lusteru itu, satu MMI telah dibangunkan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Seramai empat orang pensyarah kejuruteraan awam dan empat puluh tujuh orang pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Awam yang mengambil subjek Kejuruteraan Jalan Raya telah diminta memberikan respons untuk menilai kebolehlaksanaan MMI yang dibangunkan. Penilaian telah dilakukan pada aspek isi kandungan, mesra pengguna, reka bentuk antara muka, unsur motivasi dan pemahaman dalam MMI. Segala dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS v.10. Penganalisaan data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah peratus, mod dan skor min. Kajian mendapati bahawa responden bersetuju MMI yang dibangunkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik Reka Bentuk Turapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1012
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 12:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page