Analisis pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd dalam buku Voice an Exile: Reflection on Islam

Zainol, Nur Zainatul Nadra and Abdul Majid, Latifah and Abd Kadir, Muhd Najib (2016) Analisis pemikiran Nasr Hamid Abu Zayd dalam buku Voice an Exile: Reflection on Islam. Jurnal Penyelidikan Islam, 28 . pp. 1-17. ISSN 13944428

Full text not available from this repository.

Abstract

Nasr Hamid Abu Zayd adalah pemikir moden Muslim yang berkehendak kepada sikap keterbukaan dalam syariat Islam sehingga tegar untuk mengkritik al-Qur’an dan menolak al-Sunnah sebagai sumber rujukan kedua. Malah, beliau menggesa untuk mengkaji semula al-Quran serta menyarankan untuk membuka pintu ijtihad kepada hukum-hukum yang telah jelas nasnya dalam al-Quran mahu pun al-hadith. Pemikiran Abu Zayd tentang Islam telah dikongsi kepada umum dengan terbitnya bibliografi yang berjudul Voice an Exile: Reflection on Islam yang telah ditulis bersama Esther. Buku ini membongkar sejarah hidup beliau sejak dari kecil sehingga beliau dikenali sebagai seorang pemikir moden Muslim. Pemikiran beliau telah menggemparkan dunia Islam dengan aliran pemikiran yang mengkritik al-Quran dan syariatnya. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu kontroversi dan menganalisis pemikiran beliau yang terkandung dalam buku ini. Metode yang digunakan untuk kajian ini adalah analisis kandungan dan pengekodan mudah pada ayat-ayat yang menggambarkan kerancuan pemikiran Abu Zayd tentang Islam. Kaedah mengenal pasti isu-isu kerancuan ini adalah berdasarkan kepada fatwa Jakim 2006 tentang pemikiran liberal. Hasil kajian mendapati kerancuan pemikiran beliau wujud dalam dua aspek iaitu akidah dan syariat. Implikasi kajian menunjukkan beliau seorang liberalis dan pemikiran liberalismenya telah disebarkan melalui karya ini. Implikasi kajian ini menjelaskan buku Voice An Exile: Reflection On Islam tidak sesuai untuk bacaan umum kerana ia boleh memberi kekeliruan tentang Islam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Abu Zayd; pemikir moden; kritik al-Qur’an; pemikiran liberal; analisis kandungan
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP160-165 General works on Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP600-610 Other beliefs and movements
Divisions:Centre of General Studies and Co-curricula > Department of Islamic Studies
ID Code:10177
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:24 Jun 2018 10:26
Last Modified:24 Jun 2018 10:26

Repository Staff Only: item control page