Pembentukan modul latihan pemikiran kreatif untuk bakal usahawan bagi graduan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Abd Razak, Suzlina@Norhidayat (2003) Pembentukan modul latihan pemikiran kreatif untuk bakal usahawan bagi graduan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknolgi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1416Kb

Abstract

Bidang Keusahawanan dikenalpasti sebagai satu langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan lepasan institut pengajian tinggi. Namun, salah satu faktor kegagalan usahawan hari ini kerana mereka tidak menepati ciriciri yang perlu ada pada seorang usahawan iaitu berfikiran kreatif. Graduan lepasan KUiTTHO dalam bidang kejuruteraan tidak menerima pendedahan ilmu keusahawanan sepanjang tempoh pengajian mereka. Kajian dilakukan untuk mengenalpasti kecenderungan bekas pelajar kejuruteraan dari KUiTTHO yang menyambung pengajian di peringkat saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional semester akhir melalui potensi kreativiti dalam bidang keusahawanan. Borang Soal Selidik, Borang Penilaian Modul dan Modul Latihan Pemikiran Kreatif Untuk Bakal Usahawan digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Modul Latihan Pemikiran Kreatif untuk Bakal Usahawan telah dibina sebagai langkah awal seseorang untuk menguji potensi kreativiti mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Kajian mendapati responden cenderang, mempunyai pengetahuan serta potensi kreativiti yang tinggi dalam bidang keusahawanan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
ID Code:1018
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page