Pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi di kalangan profesional organisasi:kajian kes di KUiTTHO

Puteh, Fadilah (2005) Pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi di kalangan profesional organisasi:kajian kes di KUiTTHO. Masters thesis, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.

[img]
Preview
PDF
1347Kb

Abstract

Golongan profesional dalam sesebuah organisasi akan mengalami sindrom keusangan profesional dalam keijaya mereka jika tiada usaha-usaha yang berterusan dilakukan bagi mengekalkan atau meningkatkan kompetensi golongan ini. Sindrom keusangan profesional ini berlaku berikutan perubahan teknologi, faktor persaingan serta penemuan-penemuan pengetahuan yang baru. Penekanan kepada pendidikan berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal dilihat berupaya untuk mengatasi sindrom ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji peranan pendidikan berterusan dalam peningkatan kompetensi dikalangan profesional organisasi. Kajian ini melibatkan 109 orang responden yang terdiri daripada pegawai kumpulan Pengurusan, Profesional dan Ikhtisas bukan akademik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Parit Raja, Batu Pahat Johor. Dapatan kajian diperolehi melalui edaran soal selidik dan di analisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS Versi 11.0). Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap empat kompetensi utama (pentadbiran, komunikasi, kepimpinan dan juga kognitif) responden, hubungan di antara latihan dengan peningkatan kompetensi responden serta hubungan di antara pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi utama responden adalah tinggi dengan min keseluruhan sebanyak 4.12. Hasil analisis data turut menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan di antara latihan dan pendidikan formal dengan peningkatan kompetensi responden dengan nilai korelasi keseluruhan masing-masing sebanyak 0.528 dan 0.230. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendidikan berterusan melalui pendekatan latihan dan pendidikan formal membantu dalam peningkatan kompetensi responden. Cadangan kepada pihak pengurusan dan pengkaji akan datang turut disertakan di akhir tesis ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
ID Code:1025
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:42
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page