Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah:satu tinjauan di Politeknik Shah Alam

Mohd Ariffin, Juliana (2001) Penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah:satu tinjauan di Politeknik Shah Alam. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1159Kb

Abstract

Kajian kes ini bertajuk " Penggunaan Internet dan Multimedia dalam Proses Pengajaran di Kalangan Pensyarah : Satu Tinjauan di Politeknik Shah Alam". Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah faktor-faktor seperti sikap pensyarah, tahap kemudahan yang disediakan, kelebihan penggunaan internet dan multimedia serta keperluan penggunaan internet dan multimedia mempengaruhi tahap penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang responden yang mana terdiri daripada kalangan pensyarah di empat buah jabatan induk di Politeknik Shah Alam iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) untuk membuat pengiraan kekerapan, peratus dan min.Hasil kajian mendapati bahawa maklumbalas positif telah diberikan oleh responden terhadap faktor-faktor yang dikaji. Namun begitu hasil kajian mendapati tahap kemudahan yang disediakan masih tidak mencukupi. Kajian ini juga mendapati terdapatnya keperluan penggunaan internet dan multimedia yang berbeza mengikut jabatan. Beberapa cadangan turut dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap penggunaan internet dan multimedia dalam proses pengajaran di kalangan pensyarah di seluruh Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Internet (Computer network) in education, Computer-assisted instruction
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1027
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 12:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page