Pemetaan risiko gempa bumi di Sabah menggunakan sistem maklumat geografi

Raduan, Rasyidah (2021) Pemetaan risiko gempa bumi di Sabah menggunakan sistem maklumat geografi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p RASYIDAH BINTI RADUAN.pdf

Download (830kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
RASYIDAH BINTI RADUAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (145kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
RASYIDAH BINTI RADUAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Gempa bumi yang kerap berlaku telah menyebabkan kebimbangan kepada ahli akademik, jurutera, perancang, pembuat keputusan dan kerajaan dalam usaha untuk mencegah dan menguruskan bencana. Kejadian gempa bumi yang berlaku memberikan kesan yang besar kepada penduduk seperti kehilangan nyawa, harta benda, tanah runtuh dan boleh menyebabkan berlakunya gempa susulan. Oleh itu, kajian pemetaan risiko gempa bumi dengan menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dijalankan untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya gempa bumi. Di dalam tesis ini, kajian risiko gempa bumi dilaksanakan dengan mengkaji dan memetakan tahap ancaman, tahap kerentanan dan tahap kapasiti. Peta risiko gempa bumi ini terhasil adalah daripada susun tindih peta ancaman, peta kerentanan dan peta kapasiti tersebut. Berdasarkan jumlah keseluruhan keluasan Sabah iaitu 7,390,400 Ha, didapati bahawa 97.6% kawasan di Sabah merupakan kawasan yang berada di dalam risiko gempa bumi dengan keluasan 7,211,250 Ha manakala sebanyak 2.4% lagi adalah kawasan yang tidak berada di dalam risiko gempa bumi dengan keluasan 179,150 Ha. Dengan ini, secara tidak langsung dapat memudahkan agensi seperti PLANMalaysia dan NADMA merancang pelan keselamatan bagi mengurangkan risiko gempa bumi. Di samping itu juga dapat memberikan kesedaran di kalangan penduduk tempatan tentang faktor-faktor, punca dan tanda-tanda yang berkaitan dengan gempa bumi untuk memastikan kebajikan penduduk terjamin. Ini kerana kawasan yang terkesan akibat daripada gempa bumi berserta dengan data geospatial digital dapat diketahui melalui peta risiko gempa bumi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Infrastructure and Geomatic Engineering
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 15 Aug 2022 02:58
Last Modified: 15 Aug 2022 02:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1029

Actions (login required)

View Item View Item