Penggunaan simulasi CD interaktif dalam pembelajaran dan pengajaran amali Sistem Pemasangan dan Pendawaian Domestik

Mohamed, Huzairi (2003) Penggunaan simulasi CD interaktif dalam pembelajaran dan pengajaran amali Sistem Pemasangan dan Pendawaian Domestik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1067Kb

Abstract

CD ROM interaktif merupakan alat pembelajaran dan pcngajaran yang sering digunakan pada masa kini. lsi pelajaran subjek Amali Kejuruteraan 2 khususnya topik sistem pemasangan dan pendawaian domestik telah di bangunkan dalam bentuk CD interaktif yang lebih dikenali sebagai 'Domestics Electrical Wiring' ataupun singkatannya perisian DEW. Macromcdia flash MX telah diguna pakai sebagai perisian pengarangan serta menjadikan instruksi model ADDIE sehagai model pcmbangnan perisian DEW. Objektif kajian ini bertujuan menentukan samada kaedah pembelajaran dan persembahan perisian DEW dapat menarik perhatian dan memudahkan proses pcmbelajaran pelajar. Kajian ini juga melihat sama ada perisian DEW dapat mcmbantu menjimatkan penggunaan bahan mentah dan juga masa semasa kerja amali di jalankan. Responden kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar yang dipilih secara rawak. respondcn terdiri daripada pelajar Kursus Sijil Kejuruteraan Elektronik dan Sijil Teknologi Maklumat di Politeknik Seberang Perai. Pulau Pinang. Data di kumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual kemudian dianalisis dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages or Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan nilai peratusan, skor min dan kekerapan. Dapatan kajian ini menunjukkan perisian DEW yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar, di samping perisian DEW mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik terhadap pembelajaran pembelajaran pelajar kajian juga mcndapati bahawa perisian DEW dapat membantu menjimatkan pcnggunaan bahan mentah dan masa dalam proscs perlaksanaan pengajaran dan pemelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1032
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 11:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page