Pengetahuan terhadap penyediaan rancangan perniagaan:satu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO

Abd Rahman, Yusnita (2003) Pengetahuan terhadap penyediaan rancangan perniagaan:satu tinjauan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1147Kb

Abstract

Usahawan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario pada masa sekarang, masih ramai yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat (KUiTTHO). Secara khususnya, kajian ini akan menyelidik sejauhmana pengetahuan para pelajar mengenai aspek Rancangan Perniagaan dan pengetahuan dalam penyediaan sesebuah Rancangan Perniagaan bagi sesebuah syarikat. Responden bagi kajian ini adalah seramai 100 orang. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science). Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam aspek penyediaan Rancangan Perniagaan dengan skor min 2.24. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi menangani masalah ini.Di akhir kajian ini juga, satu produk iaitu 'Garis Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan' dibangunkan berdasarkan kepada hasil kajian yang diperolehi bagi meningkatkan pengetahuan para pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
ID Code:1037
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 11:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page