Pembangunan prototaip modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran Mekanik pepejal (tegasan dan terikan)

Mat Ali, Asrudin (2003) Pembangunan prototaip modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran Mekanik pepejal (tegasan dan terikan). Masters thesis, Fakulti Teknologi Kejuruteraan.

[img]
Preview
PDF
7Mb

Abstract

Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer (PPBK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah mendapat perhatian masa kini. Justeru itu, bagi meningkatkan mutu P&P penggunaan komputer dalam pengajaran perlu dimurnikan dengan mengambil kira rekabentuk pengajaran (instructional design), di samping menitik beratkan isi kandungan, paparan maklumat dan unsur-unsur motivasi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan prototaip modul PPBK bagi mata pelajaran Mekanik Pepejal (Tegasan dan Terikan). Pemilihan mata pelajaran Mekanik Pepejal adalah disebabkan mata pelajaran tersebut merupakan teras kepada bidang kejuruteraan Mekanikal. Bagi membolehkan para pelajar menguasai mata pelajaran Mekanik Pepejal, konsepkonsep asas tentang mekanik bahan kejuruteraan amatlah perlu difahami. Prototaip modul ini dibentuk berdasarkan model pengajaran ADDIE. Pendekatan yang digunakan untuk merekabentuk prototaip modul ini ialah berdasarkan strategi pengajaran direktif dan penggunaan Peta Pengetahuan bagi memudahkan penyampaian konsep. Prototaip modul telah dinilai oleh tiga («=3) orang pensyarah mata pelajaran Mekanik Pepejal di Kolej Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik (skala Likert 1-5) dan juga temu bual. Penilaian telah dibuat terhadap kesesuaian isi kandungan, tahap mesra pengguna dan tahap kebolehlaksanaan. Keputusan berdasarkan skor min menunjukkan bahawa prototaip modul mempunyai tahap kesesuaian isi, tahap mesra pengguna dan tahap kebolehlaksanaan yang tinggi (4.06,4.14 dan 4.07). Adalah dijangkakan dengan pembangunan prototaip seumpama ini yang boleh dimantapkan dalam bentuk modul akan membantu pensyarah dalam proses P&P.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA349-359 Mechanics of engineering. Applied mechanics
ID Code:1040
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:19 Apr 2011 12:12
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page