Penggunaan transparensi sebagai alat bantu mengajar oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 pengurusan perniagaan bagi pelajar-pelajar perdagangan di Politeknik Sultan Ahmad Shah

Che Idris, Muhammad Sani (2003) Penggunaan transparensi sebagai alat bantu mengajar oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 pengurusan perniagaan bagi pelajar-pelajar perdagangan di Politeknik Sultan Ahmad Shah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1440Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan transparensi oleh pensyarah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar di peringkat diploma yang sedang mengikuti mata pelajaran P315 Pengurusan Perniagaan di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Seramai 60 orang pelajar dipilih secara rawak bagi mewakili populasi beijumlah 300 orang pelajar. Transparensi dan nota edaran digunakan oleh pensyarah terhadap kumpulan percubaan manakala bagi kumpulan kawalan diajar dengan kaedah pengajaran tradisional. Kajian direka bentuk menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen melalui kaedah instrumentasi borang soal selidik dan soalan ujian. Penganalisisan data adalah menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 11.0. Data dianalisis bagi mendapatkan peratusan dan min bagi setiap persoalan. Dapatan kajian yang diperoleh adalah positif. Ini menunjukkan semua responden bersetuju bahawa transparensi yang digunakan oleh pensyarah dalam mata pelajaran P315 PengurusanPerniagaan adalah baik dan boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Transparencies in education, teaching aids and devices
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1041
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 12:11
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page