Penggunaan internet dalam kalangan Pelajar Kolej Vokasional Negeri Johor

Adenan, Noormalina (2020) Penggunaan internet dalam kalangan Pelajar Kolej Vokasional Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NOORMALINA ADENAN.pdf

Download (4MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NOORMALINA ADENAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NOORMALINA ADENAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Aktiviti seharian kini banyak tertumpu kepada penggunaan teknologi terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dasar pendidikan di Malaysia telah mengintegrasikan elemen TMK dalam sistem pendidikan bagi melahirkan tenaga mahir yang menguasai teknologi. Penggunaan TMK turut dilihat sebagai satu keperluan kepada kolej vokasional dalam melahirkan tenaga mahir tersebut. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar kolej vokasional ke arah pengintegrasian TMK dalam pembelajaran. Seterusnya, untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi penggunaan internt tersebut dalam pembelajaran dari aspek kemudahan insfrastruktur, sikap pelajar dan pengaruh guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan tahap penggunaan internet antara bidang-bidang pengajian di kolej vokasional. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik sebagai instrument kajian diedarkan kepada 267 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 yang mengikuti program Diploma Kolej Vokasional dari tiga buah kolej vokasional di negeri Johor. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar kolej vokasional adalah pada tahap tinggi. Pelajar dalam bidang Perakuanan menunjukkan tahap penggunaan internet yang paling tinggi. Pelajar sangat bersetuju bahawa dengan penggunaan internet dapat menambahkan ilmu pengetahuan daripada sumber-sumber lain yang diperoleh melalui internet tersebut. Faktor dominan yang mempengaruhi penggunaan internet semasa proses pembelajaran ini disebabkan oleh sikap pelajar. Pelajar berasa lebih seronok untuk belajar apabila memperoleh pelbagai sumber rujukan. Meskipun begitu terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi penggunaan internet tersebut seperti faktor kelajuan capaian internet, peraturan dan had penggunaan internet dan faktor hiburan. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu dalam usaha meningkatkan penggunaan TMK dengan lebih meluas dalam proses pembelajaran untuk melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dalam bidang tetapi juga mahir mengendalikan teknologi semasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Sep 2021 04:55
Last Modified: 21 Sep 2021 04:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1050

Actions (login required)

View Item View Item