Penghasilan modul pembelajaran interaktif bagi pengautomatan industri

Lim , Soon Chong Johnson (2003) Penghasilan modul pembelajaran interaktif bagi pengautomatan industri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
952Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan suatu modul pembelajaran interakiif dalam bentuk CD - ROM yang menggunakan elemen multimedia dan mengkaji kesesuaian penggunaannya dalam mcmbantu pcmahaman pelajar. Mata pelajaran yang dikaji ialah Pengautomatan Industri dengan fokus diberikan terhadap Teknologi Pneumatik. Rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian kuantitatif. Prototaip produk yang dihasilkan disahkan terlebih dahulu oleh beberapa orang pakar isi kandungan dan pengajaran. Setelah pengesahan produk, kajian diteruskan dengan pengedaran produk dan soal selidik kepada 32 orang pelajar Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang sedang mengikuti kursus Pengautomatan Industri. Aspek - aspek yang dikaji bagi produk yang dihasilkan adalah isi kandungan. strategi pengajaran, persembahan pengajaran serta penggunaan perisian. Kesesuaian perlaksanaan modul pembelajaran ini sebagai bahan pembelajaran alternatif juga dikaji. Dapatan kajian mendapati bahawa produk yang dihasilkan adalah menepati kriteria-kriteria yang dikchendaki dari pelbagai aspek yang dikaji seperti isi kandungan, strategi pengajaran, persembahan pengajaran serta penggunaan perisian. Produk yang dihasilkan adalah didapati sesuai untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran alternatif yang membantu pembelajaran pneumatik dalam mata pelajaran Pengautomatan Industri.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1055
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 16:21
Last Modified:17 Jul 2014 08:59

Repository Staff Only: item control page