Penghasilan dan penilaian manual pembelajaran terarah kendiri (MPTK) bagi hitungan isipadu kerja tanah menggunakan perisian SDR mapping & design

Slat, Sulie (2002) Penghasilan dan penilaian manual pembelajaran terarah kendiri (MPTK) bagi hitungan isipadu kerja tanah menggunakan perisian SDR mapping & design. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]
Preview
PDF
1290Kb

Abstract

Manual Pembelajaran Terarah Kendiri bagi hitungan isipadu kerja tanah menggunakan perisian SDR Mapping & Design terdapat dalam dua format iaitu buku dan CD-ROM. Kedua-dua manual tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran dalam hitungan isipadu di samping kemahiran pembelajaran terarah kendiri. Manual-manual yang telah dihasilkan itu telah dinilai berdasarkan kepada data yang diperolehi daripada 20 orang responden melalui kaedah borang penilaian manual. Berdasarkan kepada analisis skor min menggunakan perisian SPSS 11.0, keseluruhan responden adalah tidak bersetuju bahawa manual yang dihasilkan dalam bentuk buku adalah interaktif (M=2.50, SD = .513). Walau bagaimanapun, responden sangat bersetuju bahawa manual yang dihasilkan dalam bentuk CD-ROM adalah mudah digunakan (M = 3.55, SD = .510) dan boleh membantu individu yang pemah menggunakan SDR tetapi untuk aplikasi yang lain (M = 3.50, SD= .513)

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Individualized instruction, Self-culture
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1061
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 12:28
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page