Pemetaan zon potensi tanah runtuh bagi jalan persekutuan dan jalan negeri di negeri Johor menggunakan kaedah jumlah ramalan bencana (TEHD)

Raja Abd Assiss, Raja Fairol Farouk (2021) Pemetaan zon potensi tanah runtuh bagi jalan persekutuan dan jalan negeri di negeri Johor menggunakan kaedah jumlah ramalan bencana (TEHD). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p RAJA FAIROL FAROUK BIN RAJA ABD ASSISS.pdf

Download (554kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
RAJA FAIROL FAROUK BIN RAJA ABD ASSISS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (326kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
RAJA FAIROL FAROUK BIN RAJA ABD ASSISS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Kegagalan cerun merupakan salah satu bencana alam yang memberikan impak besar terhadap sosio-ekonomi penduduk di Malaysia. Berdasarkan kajian literatur, terdapat 29 faktor kegagalan cerun yang telah diperolehi. Faktor-faktor ini digunakan untuk merekabentuk borang soal selidik untuk responden. Faktor utama kegagalan cerun ditentukan menggunakan Analisis Komponen Utama (PCA) yang diterima pakai dari kaedah statistik menggunakan Pakej Perangkaan untuk Perisian Sains Sosial (SPSS). Kesimpulannya, 19 faktor telah dikenalpasti dan boleh dikategorikan kepada enam kategori iaitu; lithologi, kecerunan cerun, topografi, kelas penggunaan tanah, hujan tahunan dan jenis tanah. Merujuk faktor penyumbang utama kegagalan cerun yang telah ditentukan dan data runtuhan di 52 lokasi yang diperolehi dari Jabatan Kerja Raya, pengiraan dibuat menggunakan kaedah Nilai Anggaran Jumlah Ramalan Bencana (TEHD). Kemudian penetapan Zon Potensi Runtuhan Cerun (LHZ) dilakukan mengikut nilai TEHD, dimana ia dizonkan kepada 5 zon iaitu sangat rendah, rendah, sederhana, tinggi, dan sangat tinggi. Seterusnya data-data berkenan diplot dan dipetakan menggunakan sistem ArcView GIS. Perbandingan antara TEHD dan data sebenar mendapati bahawa kaedah TEHD dapat menentukan potensi kegagalan cerun dengan baik dengan ketepatan 94%. Kajian ini berjaya mewujudkan pangkalan data kegagalan cerun di Negeri Johor. Kaedah kajian ini juga boleh diperluaskan oleh mana-mana jabatan kerajaan dan swasta bagi tujuan pengurusan cerun di mana data untuk semua lokasi cerun di analisis sekaligus dapat dikategorikan mengikut zon potensi bagi setiap lokasi. Oleh yang demikian, lokasi cerun yang berada pada tahap sangat tinggi dan tinggi perlu diberi keutamaan terutamanya kekerapan pemeriksaan dalam rutin tahunan. Sehubungan dengan itu juga, kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera di kawasan berisiko bagi mengelakkan runtuhan yang lebih besar dan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Peruntukan tahunan yang terhad dapat digunakan secara optimum dan tepat.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ212-225 Control engineering systems. Automatic machinery (General)
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Infrastructure and Geomatic Engineering
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 22 Aug 2021 08:31
Last Modified: 22 Aug 2021 08:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1063

Actions (login required)

View Item View Item