Pembangunan profil standard kebangsaan bagi kemahiran informal Orang Asli Malaysia demi kelestarian warisan etnik

Yusof, Yusmarwati and Roddin, Rohayu and Warman, Sarebah (2017) Pembangunan profil standard kebangsaan bagi kemahiran informal Orang Asli Malaysia demi kelestarian warisan etnik. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB), 1 (2). pp. 190-202. ISSN 01268147

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.icohlcb.com/images/Articles/vol_1_No.2/...

Abstract

Kemahiran informal orang Asli merupakan potensi semulajadi yang telah menghasilkan banyak produk seni dan kraf yang telah berjaya menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Sebahagiannya telah berjaya memperolehi anugerah di peringkat antarabangsa. Namun begitu, mereka tidak memperolehi sebarang pengiktirafan yang mampu dijadikan satu standard dalam kemahiran vokasional Orang Asli. Bidang seni kraf ini telah banyak dipelopori oleh ramai kelompok etnik, namun tiada satu standard yang seragam dalam aktiviti kemahiran ini. Oleh itu, satu profil standard yang selaras dengan kemahiran kebangsaan perlu dibangunkan sebagai panduan dalam pembentukan silibus kemahiran hasil dari kemahiran informal golongan ini. Pendekatan kajian ialah rekabentuk kajian kes secara penerokaan. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan pengumpulan dokumen. Kajian akan dilakukan di penempatan Mah Meri (Selangor), Jakun (Pahang) dan Semai (Johor). Profil ini diharapkan merupakan satu usaha ke arah memelihara dan memuliharan khazanah warisan etnik, disamping membantu orang asli memajukan diri dan mendapatkan pengiktirafan yang sewajarnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran informal; orang asli; standard kebangsaan
Subjects:D History General and Old World > DS Asia
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
ID Code:10861
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:31 Mar 2019 15:38
Last Modified:31 Mar 2019 15:38

Repository Staff Only: item control page