Hubungan antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dalam subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer

Amir, Nor Fairuz Hayati (2009) Hubungan antara gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar kejuruteraan dalam subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1021Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenaI pasti hubungan antara gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan terhadap subjek berkaitan Grafik Kejuruteraan Berkomputer. Model Gaya Pembelajaran Pelajar Grasha-Riechmann yang terdiri daripada enam sifat, iaitu berdikari, pergantungan, penyertaan, penghindaran, persaingan dan kolaboratif digunakan dalam kajian ini. Data dikumpul melalui penggunaan soal selidik yang telah diteIjemahkan daripada inventori Gaya PembeIajaran PeIajar GrashaRiechmann yang terdiri daripada 90 item. Seramai 200 orang responden yang dipilih secara rawak berkelompok dalam kajian ini terdiri daripada pel aj ar ljazah SaIjana Muda Kejuruteraan Pembuatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah mengikuti subjek Grafik Kejuruteraan & CADD yang ada mengaplikasikan perisian grafik AutoCAD dalam silibusnya. Dapatan dianalisis melaIui komputer dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) Version 15.0 for Windows. Skor min digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang lazim digunakan. Ujian-t pula digunakan untuk mencari perbezaan di antara pembolehubah manakala ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan gaya belajar kolaboratif adalah gaya yang lazim digunakan pelajar dengan skor min tertinggi iaitu 3.8275. Hasil anaIisis juga mendapati terdapat perbezaan yang menunjukkan bahawa pelajar lelaki adaIah lebih bersifat berdikari, penghindaran dan persaingan berbanding pelajar perempuan. Namun, perbezaan menunjukkan bahawa gred pencapaian pelajar perempuan adalah lebih baik daripada gred pencapaian pelajar lelaki. Dapatan kajian seterusnya mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar bagi subjek yang dikaji. lni berrnakna gaya pembelajaran tidak memberikan pengaruh yangjelas terhadap pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1091
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:19 Apr 2011 15:05
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page