Kesejahteraan sosial Orang Melayu pasca pilihan raya umum ke-14 dari aspek keselamatan

Drahman, Mohamad Nasir (2023) Kesejahteraan sosial Orang Melayu pasca pilihan raya umum ke-14 dari aspek keselamatan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MOHAMAD NASIR DRAHMAN.pdf

Download (773kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMAD NASIR DRAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (417kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMAD NASIR DRAHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 telah mengejutkan pelbagai pihak apabila buat pertama kali dalam sejarah politik negara ini telah berlakunya perubahan politik. Barisan Nasional telah tewas kepada gabungan pakatan pembangkang Pakatan Harapan yang memenangi 122 kerusi parlimen, berbanding 79 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional. Manakala Parti Islam Se-Malaysia yang bertanding bersendirian pula hanya mendapat 18 kerusi parlimen. Rentetan daripada perubahan tersebut, kaum bukan Melayu menunjukkan yang mereka semakin lantang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu, kuasa Sultan, agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan yang sememangnya telah termaktub sebagai hak keistimewaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, objektif yang pertama untuk kajian ini adalah bagi mengenal pasti konsep kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan selepas Pilihan Raya Umum ke-14, objektif yang kedua, menerokai tindakan kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan hak-hak kesejahteraan sosial dari segi keselamatan terancam bagi orang Melayu, dan objektif yang terakhir, menganalisis implikasi tindakan Pilihan Raya Umum ke-14 terhadap kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan. Kaedah kualitatif dengan gabungan metod temu bual dan analisis dokumen diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian. Kemudian, metod tringulasi diaplikasikan untuk pengesahan data kualitatif. Hasil kajian ini memaparkan kesejahteraan sosial orang Melayu dari aspek keselamatan terancam ekoran daripada kerajaan tidak dapat membela persoalan dan kecaman yang diwujudkan terhadap orang Melayu sehingga menyebabkan perpaduan antara kaum menjadi rencam dan kritikal. Kajian akan menjadi bahan rujukan asas kepada kajian- kajian baru yang menyentuh kesejahteraan orang Melayu pada masa akan datang

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 20 May 2024 01:26
Last Modified: 20 May 2024 01:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/10978

Actions (login required)

View Item View Item