Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar wanita dalam memilih bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal sebagai suatu kerjaya masa hadapan

Abd Kadir, Helen Lau (2001) Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar wanita dalam memilih bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1025Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara empat faktor iaitu minat, keluarga,role model dan jangkaan gaji dengan peiajar wanita dalam memilih bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Seramai 150 peiajar terdiri daripada pelajar-pelajar Semester Satu Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal bagi sesi 2001/2002 telah dijadikan sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science(SPSS 10.0 for Windows). Ujian pekali Korelasi Spearman rho telah digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. Hasii kajian menunjukkan keempat-empat faktor iaitu minat, keiuarga,role model dan jangkaan gaji mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar. Faktor minat menunjukkan r = 0.997, p < 0.01 (Awam), r = 0.996, p < 0.01 (Eiektrik) dan r = 0.994, p < 0.01 (Mekanikal). Bagi faktor keiuarga pula, ketiga-tiga program menunjukkan r = 0.996, p < 0.01. Manakaia faktor role model, Awam menunjukkan r = 0.999, p < 0.01, Elektrik r = 0.998, p < 0.01 dan Mekanika) r = 0.988, p < 0.01 dan bagi faktor jangkaan gaji, Awam menunjukkan r = 0.999, p < 0.01, Elektrik r = 0.999, p < 0.01 dan Mekanika) r = 0.995, p < 0.01. Oleh yang demikian, keempat-empat faktor tersebut perlulah memainkan peranan masing-masing bagi mempertingkatkan penyertaan kaum wanita daiam lapangan kejuruteraan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
ID Code:1098
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page