Penilaian awal perisian multimedia interaktif bertajuk Kekuatan dan Kestabilan Binaan di salah sebuah sekolah rendah di Parit Raja, Johor

Aziz, Fauziah (2002) Penilaian awal perisian multimedia interaktif bertajuk Kekuatan dan Kestabilan Binaan di salah sebuah sekolah rendah di Parit Raja, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
969Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rekabentuk dan penilaian perisian multimedia interaktif yang dihasilkan oleh pengkaji. Empat dimensi kriteria multimedia digunakan untuk menilai perisian multimedia interaktif iaitu kandungan perisian, strategi pengajaran, persembahan pengajaran dan aspek teknikal. Dimensi-dimensi ini telah diubahsuai kepada bentuk yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumbalas daripada sampel kajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar Tahun 5 dan guru matapelajaran Sains Tahun 5 di Sekolah Rendah Kebangsaan Pintas Puding, Batu Pahat. Seramai 60 orang pelajar telah diambil sebagai sampel pelajar tahun 5 dan 4 orang guru Sains mewakili populasi guru Sains sekolah berkenaan. Dua jenis soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan guru. Soal selidik yang dibina mengandungi profail responden dan aspek penilaian perisian multimedia yang berbeza mengikut responden pelajar dan guru. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 10.0 for windows. Kaedah statistik diskriptif berbentuk peratusan, kekerapan dan skor min digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian multimedia interaktif bertajuk Kekuatan dan Kestabilan Binaan ini dapat diterima oleh pelajar dan guru sebagai alat pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan masih banyak lagi e1emen yang boleh ditambah dan diperbaiki untuk meningkatkan kualiti perisian multimedia ini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1103
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:19 Apr 2011 15:31
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page