Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan bagi subjek pencukaian Malaysia 2:satu kajian di politeknik-politeknik Malaysia yang terpilih

Hassan, Mohd Shabri (2003) Penghasilan dan penilaian video dokumentari pendidikan bagi subjek pencukaian Malaysia 2:satu kajian di politeknik-politeknik Malaysia yang terpilih. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1707Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan ke atas penghasilan video dokumentari pendidikan bagi subjek pencukaian malaysia 2 (P513). Kajian ini akan meninjau kepada penghasilan video dokumentari pendidikan yang dapat membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar serta dapat memberikan kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sampel diambil daripada pelajar Diploma akauntansi semester 6, POLIMAS. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan di analisis dengan menggunakan perisian " Statistical Package for Social Science" (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan Video Dokumentari pendidikan yang telah dihasilkan mencapai objektif yang telah ditetapkan dimana min skor bagi objektif yang pertama ke atas penghasilan video dokumentari yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar ialah 3.94 dan objektif kedua pula video dokumentari yang dihasilkan dapat memberi kefahaman kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ialah 3.82

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Audio-visual education, Taxation
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1104
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 14:59
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page