Kesan peningkatan beban organik (OLR) dan perubahan nilai pH ke atas efluen industri minyak sawit (EIMS) menggunakan reaktor UASB

Ngah Jidin, Norsafarina (2009) Kesan peningkatan beban organik (OLR) dan perubahan nilai pH ke atas efluen industri minyak sawit (EIMS) menggunakan reaktor UASB. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1131Kb

Abstract

Kajian rawatan ke atas efluen sisa kilang minyak sawit, EIMS dijalankan menggunakan 3 buah reaktor UASB pada skala makmal dengan isipadu 12L dan dibina menggunakan perspex. Sampel EIMS di ambil dari sebuah kilang minyak sawit di sekitar kawasan Kluang, Johor. EIMS lazimnya punca kepada pengayaan sungai di mana ia memerlukan prosess rawatan sepenuhnya sebelum dilepas keluar ke dalam laluan semulajadi air. Beberapa parameter seperti permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), danjumlah pepejaI meruap terampai (VSS) telah dikaji dalam penyelidikan ini bagi melihat kecekapan sistem merawat dan mengolah ElMS mematuhi standard yang dikeluarkan oleh labatan Alam Sekitar Malaysia. Operasi dilakukan dengan beban organik permulaan 1.44 g COD/L.d, dimana EIMS dicairkan kepada julat 5000 - 5500 COD mg/L. lumlah masa yang diperlukan adalah 55 hari untuk mencapai tahap stabiI bagi ke tiga-tiga reaktor Rl, R2 dan R3. Pada keadaan stabil tiga buah reabor yang digunakan, dikenakan beban organik yang berbeza-beza. Hasil akhir didapati reaktor UASB dapat menahan beban organik OLR sehingga 7.6 g COD/L.d. Dalam penyelidikan ini juga beberapa julat berasid dipilih dan dioperasikan pada beban organik berbeza. HasiI akhir mendapati pada keadaan nilai pH sebenar (julat pH 4.0- 5.5) pekali kadar tindak balas kJ = 1.28 per hari dan k2 = 4.6 x 10·s per mg/L.d pada beban organik terendah manakala pekali R2 masing-masing adalah 0.4896 dan 0.4724. Kesimpulannya, reaktor UASB dapat mengolah ElMS pada beban kandungan 7.6 g COD/L.d.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD194-196 Environmental effects of industries and plants. Special environmental pollutants
ID Code:1107
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:19 Apr 2011 15:22
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page