Penilaian kesesuaian MPK yang dihasilkan bagi mata pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi topik perubahan/pindaan kerja terhadap pelajar semester enam kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik Kota Bahru

Mat Seman, Mhd Azmin (2003) Penilaian kesesuaian MPK yang dihasilkan bagi mata pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi topik perubahan/pindaan kerja terhadap pelajar semester enam kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik Kota Bahru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1160Kb

Abstract

Perbezaan individu di kalangan para pelajar telah menimbulkan pelbagai masalah. Biasanya pelajar terikat pada urutan pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sarna seperti yang dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain. Walhal, kita telah ketahui bahawa setiap individu berbeza di antara satu sama lain menyebabkan sesetengah pelajar mengalami kesukaran di dalam rnengikuti proses pengajaran pernbelajaran. Ditambah pula sekiranya pendidik rnenggunakan jenis bahan pengajaran pernbelajaran yang kurang sesuai, ketidak pelbagaian kaedah pengajaran, organisasi bahan kandungan pengajaran yang kurang terancang menyebabkan jurang perbezaan ini menjadi lebih ketara. Salah satu secara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran rnenerusi pengubahsuaian yang dilakukan terhadap bahan pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran agar ianya sesuai mengikut kebolehan para pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai modul pengajaran kendiri (MPK) Undang-Undang Binaan (C 532) topik Perubahan Pindaan Kerja yang telah dihasilkan dari segi tahap penerimaan pelajar, kesesuaian isi kandungan modul pengajaran kendiri (MPK) di dalam membantu meningkatkan tahap pemahaman dan menarik minat untuk belajar. Senarai empat puluh (40) responden daripada pelajar semester 6 kursus Diploma Ukur Bahan, Politeknik Kota Bharu (PKB) dipilih sebagai sampel kajian. Maklum balas yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah tinggi serta kesesuaian isi kandungan MPK yang dibina berada pada tahap sesuai yang mana telah dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar serta dapat menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir bab bagi meningkatkan lagi kualiti penghasilan MPK sebagai bahan pengajaran pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
ID Code:1108
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:19 Apr 2011 15:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page