Pemeliharaan maslahah di sebalik pensyariatan konsep berpakaian wanita menurut Islam

Sulaiman, Mansor and Yusoff, Zailin Shah and Zainuddin, Ahmad Murad and Hisham, Ahmad Irfan Ikmal and Abdullah, Long (2017) Pemeliharaan maslahah di sebalik pensyariatan konsep berpakaian wanita menurut Islam. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 2 (1). pp. 62-72. ISSN 22899294

Full text not available from this repository.

Official URL: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/20279/

Abstract

Tulisan ini cuba menghuraikan berkenaan konsep pemeliharaan maslahah yang diutarakan Islam dalam pensyariatan hukum-hakam Syariah. Walaupun begitu, tulisan ini hanya akan memfokuskan dalam aspek konsep pakaian wanita di hadapan lelaki bukan mahram sahaja dengan bersandarkan kepada rujukan-rujukan perpustakaan meliputi kajian terhadap teks-teks seperti tafsir al-Quran, fiqh dan sebagainya. Pemilihan fokus ini disebabkan terdapat pelbagai pandangan negatif yang dilemparkan oleh sesetengah ahli masyarakat terhadap konsep ini. Sehubungan itu, tulisan ini akan cuba mengutarakan hukum-hakam berkaitan pakaian wanita termasuk keadaan-keadaan yang diberikan kelonggaran syarak (rukhsah) beserta penjelasan berkenaan maslahah di sebaliknya. Secara umumnya, tulisan ini merumuskan bahawa pensyariatan konsep pakaian ini antara lainnya bertujuan menutup jalan yang boleh membawa kepada jenayah seksual terhadap wanita dan secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian hidup masyarakat. Tulisan ini diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada sumbangan ilmiah berkaitan cara hidup Islam.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Konsep pakaian wanita; Islam; maslahah; aurat
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP174-190 The practice of Islam
Divisions:Centre for Language Studies > Department of English Language and Linguistic
ID Code:11080
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:08
Last Modified:13 May 2019 09:08

Repository Staff Only: item control page