Kajian keberkesanan dan kesesuaian program Diploma Akauntansi Politeknik di dalam praktis

Abdullah, Abdul Hasnal (2002) Kajian keberkesanan dan kesesuaian program Diploma Akauntansi Politeknik di dalam praktis. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
956Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan keberkesanan dan kesesuaian program Diploma Akauntansi Politeknik dalam melahirkan graduan yang berkualiti kepada pasaran kerja. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti samada kurikulum program Diploma Akauntansi telah disediakan dengan mengambilkira keperluan dan cabaran di pasaran kerja masa kini dan akan datang. Selain itu, penyelidikan ini juga tertumpu kepada beberapa aspek kajian seperti kemahiran dan pengetahuan perakaunan, pembangunan kerjaya, teknologi maklumat dan generic skill serta jati diri para graduan. Dalam kajian berbentuk kuantitatif ini, soal selidik telah diedarkan kepada 126 orang graduan yang layak dianugerahkan Diploma Akauntansi dalam Konvokesyen tahun 2002 sahaja. Sampel yang dipilih terdiri daripada graduan lepasan POLIMAS, PKB dan POLIKU. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan membuat pengiraan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Keputusan kajian menunjukkan program Diploma Akauntansi Politeknik adalah berkesan dan sesuai dalam melahirkan para graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam situasi kerja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
ID Code:1112
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:04
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page