Hubungan antara faktor luaran dan prestasi inovasi

Ismail, Nurul Amira and Rodzalan, Shazaitul Azreen (2017) Hubungan antara faktor luaran dan prestasi inovasi. In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 69-78. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Inovasi merupakan asas kepada pembangunan ekonomi negara kerana mampu menaiktaraf nilai produk yang sedia ada dan mencipta produk baru. Organisasi Ekonomi Kerjasama dan Pembangunan (OECD) (2005) mendefinisikan inovasi sebagai pengenalan kepada produk termasuk barangan atau perkhidmatan baru, barangan yang perlu ditambahbaik dan satu proses baru atau yang telah ditambahbaik dengan ketara. Inovasi adalah berasaskan pembangunan dalam segi teknologi yang terbaru atau gabungan antara teknologi yang sedia ada atau aplikasi pengetahuan yang lain. Inovasi sangat penting bagi pasaran pada masa kini dan boleh meningkatkan kelebihan persaingan yang semakin mencabar (Hana, 2013). Prestasi inovasi adalah keupayaan dalam mencipta sesuatu idea, produk, teknik dan proses yang baru secara berterusan di dalam sesebuah syarikat. Prestasi inovasi amat penting bagi syarikat dalam mengekalkan kedudukan mereka dalam pasaran tidak kira tempatan mahupun luar negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menyatakan bahawa rakyat perlu sedar apabila dunia menjadi semakin kompetitif dan bertambah maju, kejayaan dan kemakmuran menjadi milik mereka yang dapat menambah nilai dalam rantaian nilai global. Beliau juga menambah bahawa “pengetahuan” dan “tahu bagaimana” menjadi pendorong utama dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Rakyat perlu bergerak ke tahap yang lebih tinggi dengan menjadi penjana pengetahuan dan pengamal pakar teknologi yang lebih unggul. Justeru itu adalah penting dalam mewujudkan dan menggerakkan agenda inovasi negara ke hadapan. Selaras dengan kehendak Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah bercadang untuk mencari lebih banyak inovator di Malaysia dengan kerjasama bersama agensi dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Berdasarkan keadaan pasaran yang kurang stabil sekarang, tidak dapat dinafikan bahawa faktor luaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi prestasi inovasi.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
ID Code:11156
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:11
Last Modified:13 May 2019 09:11

Repository Staff Only: item control page