Kajian terhadap ciri-ciri inovasi di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Abd. Razak, Noorulhuda and Rashid, Umi Kartini (2017) Kajian terhadap ciri-ciri inovasi di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). In: Isu-Isu Inovasi di Malaysia. Siri 1 . Penerbit UTHM, pp. 91-101. ISBN 9789672110392

Full text not available from this repository.

Abstract

Inovasi merupakan cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Perkataan inovasi sering dikaitkan dengan proses dan tidak semestinya bergantung kepada ciptaan baru dan ia juga yang merevolusikan tamadun manusia (SME Corp Malaysia, 2010a). Di dalam konteks organisasi, inovasi boleh dikaitkan dengan prestasi dan pertumbuhan melalui peningkatan dalam kecekapan, produktiviti, kualiti, kedudukan kompetitif, perkongsian pasaran, dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, semua organisasi boleh berinovasi, misalnya hospital, universiti, dan kerajaan tempatan. Selain dari itu, inovasi juga digambarkan sebagai kejayaan pelaksanaan sesuatu idea yang kreatif di dalam organisasi. Manakala dari perspektif Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, inovasi biasanya merujuk kepada produk atau proses baru yang memenuhi keperluan pelanggan secara lebih kompetitif dan menguntungkan berbanding produk yang sedia ada. Ada juga yang berpendapat bahawa inovasi mungkin lebih penting kepada PKS berbanding syarikat-syarikat besar. Ini adalah kerana PKS menggunakan inovasi produk atau perkhidmatan sebagai alat untuk menjadi pesaing yang baik terhadap syarikat PKS yang lain (O’Regan & Ghobadian, 2005).

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD45-45.2 Technological innovations. Automation
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Business Management
ID Code:11158
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:11
Last Modified:13 May 2019 09:11

Repository Staff Only: item control page