Faktor pelaksanaan e-perolehan dalam industri elektrik dan elektronik di Fujitsu Components (Malaysia), Sdn. Bhd., Batu Pahat, Johor

Abdul Rahman, Nur Rafiqah and Hashim, Fazian (2017) Faktor pelaksanaan e-perolehan dalam industri elektrik dan elektronik di Fujitsu Components (Malaysia), Sdn. Bhd., Batu Pahat, Johor. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 69-77. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Wu (2007) telah mentakrifkan perolehan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-perolehan sebagai penggunaan informasi teknologi yang memudahkan transaksi pembelian produk dan perkhidmatan dalam perdagangan Business to Business. Di Malaysia, sistem e-Perolehan merupakan satu sistem yang menggantikan perolehan konvensional dan satu portal telah diwujudkan bagi menyelaraskan segala aktiviti pembelian kerajaan. Selain itu, e-Perolehan juga merupakan satu sistem yang dilaksanakan bagi meningkat servis perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. E-Perolehan di Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai salah satu projek kerajaan elektronik iaitu Aplikasi Perdana dan merupakan sistem perdagangan ‘Government to Business’. Sistem ini diperkenalkan untuk meningkatkan keberkesanan proses perolehan sejajar dengan transformasi kerajaan kepada ‘knowledge based economy’ (K-ekonomi). Sistem ini memberi kemudahan kepada pembekal untuk memperdagangkan produk mereka di website, menerima serta memproses pesanan belian dan menerima bayaran daripada agensi kerajaan hanya dengan menerusi Internet (Maniam & Halimah, 2008).

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
ID Code:11192
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:13
Last Modified:13 May 2019 09:13

Repository Staff Only: item control page