Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan budaya organisasi: kajian kes di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM

Shamsuddin, Alina (2017) Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi dan budaya organisasi: kajian kes di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 79-90. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Gaya kepimpinan transformasi memfokuskan kepada meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kepimpinan di kalangan pekerja. Peningkatan kesedaran ini memerlukan pemimpin yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan apa yang dirasakan baik serta baginya dan bukannya yang popular pada masa itu. Budaya organisasi pula merupakan sikap, nilai dan kepercayaan sekumpulan kerja dalam organisasi (Belias et al., 2015). Banyak kajian lepas dibuat untuk menentukan kesan gaya kepimpinan terhadap budaya organisasi. Kepimpinan sesebuah organisasi adalah untuk membantu, membina dan mengekalkan budaya organisasi yang sedia ada (Fleet et al., 2012). Berdasarkan kajian lepas, terdapat kesan positif antara kepimpinan dan budaya organisasi (Tang et al., 2010). Walau bagaimanapun, kajian ke atas gaya kepimpinan dan budaya organisasi banyak dilakukan di negara-negara luar dalam sektor swasta. Oleh kerana, kepimpinan organisasi mampu mempengaruhi budaya di sesebuah organisasi, pengkaji akan memfokuskan kajian ke atas hubungan gaya kepimpinan dan budaya organisasi.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
ID Code:11193
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:13
Last Modified:13 May 2019 09:13

Repository Staff Only: item control page