Peluang-peluang pembelajaran tidak formal di kalangan jururawat bagi meningkatkan perkongsian pengetahuan: kajian kes di hospital

Che Husain, Nor Izzan and Azizan, Anim Zalina (2017) Peluang-peluang pembelajaran tidak formal di kalangan jururawat bagi meningkatkan perkongsian pengetahuan: kajian kes di hospital. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 107-123. ISBN 9789672110552

Full text not available from this repository.

Abstract

Pembelajaran tidak formal adalah pembelajaran yang berlaku secara tidak terancang serta tidak disedari. Ia merupakan pembelajaran secara tidak sengaja kerana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada situasi yang tidak dijangka. Individu yang mengalami pembelajaran sepanjang hayat melalui interaksinya dengan ibu bapa, adik beradik, rakan sebaya dan ahli masyarakat yang lain atau dari pekerjaan dan aktiviti sosial, lawatan serta pendedahan melalui peristiwa semasa dan media massa seperti buku, surat khabar, radio, televisyen dan sebagainya. Pembelajaran tidak formal boleh berlaku dimana-mana tempat dan pada sebarang masa tetapi tiada satu siri objektif khusus untuk menyampaikan pembelajaran tersebut. Banyak organisasi berasaskan kesihatan mencari kaedah yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran berterusan yang memerlukan organisasi melangkaui program latihan formal. Hal ini dikatakan penting bagi memupuk interaksi serta menggalakkan aktiviti perkongsian pengetahuan yang berterusan dalam kalangan kakitangan organisasi seperti hospital sekaligus menggalakkan pembelajaran dalam organisasi tersebut. Satu ramuan utama bagi melestarikan budaya perkongsian pengetahuan adalah melalui pembelajaran tidak formal. Peluang-peluang bagi pembelajaran tidak formal wajar dikenalpasti bagi melihat sejauh mana pembelajaran tidak formal dapat dilestarikan dalam tetapan situasi klinikal.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
ID Code:11201
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:13 May 2019 09:13
Last Modified:13 May 2019 09:13

Repository Staff Only: item control page