Kesan latihan mengajar kepada perkembangan kognitif pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional KUiTTHO

Mohd. Yusoff, Ida Maria (2003) Kesan latihan mengajar kepada perkembangan kognitif pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
951Kb

Abstract

Latihan mengajar merupakan titik permuiaan bagi guru mempraktikkan ilmu perguruan yang telah dipelajari kepada situasi pengajaran sebenar. Maka timbul persoalan sama ada latihan mengajar memberi kesan kepada perkembangan kognitif para peiajar. Bersesuaian dengan persoaian tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau perkembangan kognitif pelajar dari aspek membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Kajian yang telah dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Enam puiuh (60) responden yang dipilih terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional KUiTTHO yang telah mengikuti latihan mengajar. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS version 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan mengajar memberikan kesan positif kepada perkembangan kognitif pelajar di mana keupayaan pelajar membuat keputusan dan menyelesaikan masaiah berada di tahap yang tinggi. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa perkembangan kognitif pelajar dari aspek membuat keputusan dan penyelesaian masalah setelah menjalani latihan mengajar adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1124
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:14
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page