Kajian keberkesanan penggunaan ethernet dalam sistem pengautomatan pencawang

Zohari, Mohd Hakimi (2005) Kajian keberkesanan penggunaan ethernet dalam sistem pengautomatan pencawang. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]PDF
1399Kb

Abstract

Pada masa kini, penggunaan tenaga adalah am at penting dalam kehidupan manusia dan tenaga yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti tenaga elektrik melibatkan sistem pengagihan kuasa yang kompleks. Pencawang merupakan tempat di mana tenaga elekrik digabungkan, diagihkan atau ditukar kepada bentuk tenaga lain. Sistem pengautomatan pencawang dibina untuk memantau dan melindungi peralatan eleh.1:rik yang penting dalam sesebuah sistem agihan kuasa. Sistem pengautomatan pencawang turut berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan seperti konfigurasi pencawang, pengurusan komunikasi dan pengurusan perisian yang digunakan di pencawang. Proses komunikasi dalam sistem pengautomatan ini menggunakan rangkaian berasaskan Ethernet yang merupakan jenis piawaian rangkaian yang wujud dalam teknologi masa kini. Teknologi Ethernet dipilih kerana rangkaian berasaskan ethernet mempunyai banyak faedah dan kelebihannya yang tersendiri seperti kos perlaksanaan yang rendah, kerap digunakan dalam rangkaian masa kini dan perkembangan pesat teknologi Ethernet. Projek ini dilakukan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Ethernet dalam sistem pengautomatan pencawang samada ianya dapat memenuhi keperluan keadaan trafik biasa dan sibuk. Kajian ini menimbangkan Ethernet biasa sebagai as as rangkaian dan UDP sebagai protokol penghantaran. Untuk menentukan keberkesanan Ethernet, perisian Network Simulator 2 tel all digunakan sebagai platform untuk pemodelan rangkaian dalam sistem pengautomatan pencawang. Hasil daripada simulasi yang dilakukan, paparan dari Network Animator dan fail pengesan (trace files) telah diperolehi. Kajian dilakukan terhadap kedua-duanya dan kesimpulan yang diperolehi adalah Ethernet biasa tidak dapat menampung keadaan trafik sibuk dalam rangkaian sistem pengautomatan pencawang

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
ID Code:1125
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 15:13
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page