Keberkesanan program simulasi penapis sambutan dedenyut terhingga (FIR) terhadap kefahaman pelajar kejuruteraan elektrik

Anwar Din, Rajabunesha (2007) Keberkesanan program simulasi penapis sambutan dedenyut terhingga (FIR) terhadap kefahaman pelajar kejuruteraan elektrik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
1014Kb

Abstract

Kefahaman merupakan aset bagi setiap pelajar. Ini kerana melalui kefahaman pelajar dapat mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam dan di luar kelas. Kajian ini dijalankan bertujuan menilai keberkesanan program simulasi penapis sambutan dedenyut terhingga (FIR) terhadap kefahaman pelajar kejuruteraan elektrik FKEE, UTHM dalam mata pelajaran Pemprosesan Isyarat Digital (DSP) bagi topik penapis FIR. Metodologi kajian ini berbentuk kaedah reka bentuk kuasieksperimental ujian pra-pasca bagi kumpulan-kumpulan tidak seimbang. Seramai 40 responden kajian telah dipilih dan dibahagi secara rawak kepada dua kllmpulan iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan program simulasi penapis FIR dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran berorientasikan modul pembelajaran DSP UTHM. Setiap responden menduduki dua ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca yang berbentuk kuiz. Analisis data berbentuk deskriptif dan inferens dilakllkan dengan menggunakan Peri sian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kumpulan pelajar telah mengalami peningkatan dari segi kefahaman iaitu daripada tahap tidak memuaskan kepada tahap kepujian selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang telah ditetapkan bagi kumpulan masing-masing. Walaubagaimanapun, pelajar kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi sedikit berbanding pelajar kumpulan kawalan. Namun begitu, dapatan kajian secara ujian statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian markah ujian pasca di antara pelajar kumpulan rawatan dengan pelajar kumpulan kawalan. Sungguhpun begitu, penggunaan program simulasi penapis FIR telah membantu dalam peningkatan kefahaman pelajar mengenai topik penapis FIR.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1129
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 15:15
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page