Penghasilan dan penilaian video dokumentari pelepasan diri dan rebat cukai untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pencukaian Malaysia 1 kursus diploma akauntasi di Politeknik Port Dickson

Abdul Kadir, Khairulnizam (2003) Penghasilan dan penilaian video dokumentari pelepasan diri dan rebat cukai untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pencukaian Malaysia 1 kursus diploma akauntasi di Politeknik Port Dickson. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1649Kb

Abstract

Kajian ini cuba memperkenalkan penggunaan video dokumentari sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran subjek Pencukaian Malaysia 1 untuk topik Pelepasan Diri dan Rebat Cukai di politeknik di Malaysia. Fokus kajian ini ialah untuk melihat penerimaan pelajar terhadap video dokumentari yang dihasilkan dengan mengambilkira aspek isi kandungan dan persembahan pengajarannya. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester enam kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan tahap pemahaman responden selepas menggunakan video dokumentari. Purata skor min iaitu 3.29 untuk aspek isi kandungan dan 3.33 untuk aspek persembahan pengajaran menunjukkan penerimaan responden terhadap keupayaan video dokumentari. Tahap pencapaian mereka juga meningkat sebanyak 16% berdasarkan kepada perbezaan min markah ujian awal dan ujian akhir. Dapat disimpulkan video dokumentari yang dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Pencukaian Malaysia 1

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Audio-visual education,Taxation-Study and teaching
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:1130
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:21
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page