Konsep keislaman dalam rekabentuk kurikulum pelancongan di sebuah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Ahmad Zaini, Mohd Shahrir (2002) Konsep keislaman dalam rekabentuk kurikulum pelancongan di sebuah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
990Kb

Abstract

Perkembangan yang pesat industri peiancongan di negara ini telah dibuktikan melalui sumbangannya yang besar terhadap pendapatan negara. Industri ini turut menyediakan peluang pekerjaan dalam kuantiti yang cukup besar kepada rakyat. Menyedari bahawa tenaga kerja yang terlatih diperlukan untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan dalam bidang pelancongan negara, banyak institusi pengajian termasuk Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan kursus khusus dalam bidang pelancongan. Bidang pelancongan ini seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan budaya dan agama Islam. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat konsep keislaman dalam rekabentuk kurikulum pelancongan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Poputasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester enam kursus pengurusan pelancongan Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang, Johor. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang diberikan tidak mempunyai penerapan konsep keislaman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perubahan sosial yang dialami oleh pelajar mendedahkan mereka kepada perkara yang negatif dan akhir sekali, perubahan diperlukan untuk mengukuhkan kurikulum disamping perlunya menerapkan konsep keislaman dalam kurikulum berkenaan. Oleh itu, dicadangkan agar pelaksanaan kurikulum pelancongan dapat diperhalusi untuk membina graduan yang berwibawa dan mempunyai sahsiah yang tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > G154.9-1558 Travel and State. Tourism
ID Code:1131
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:19 Apr 2011 15:23
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page