Penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Komputer Mata Pelajaran Prinsip Elektrik (Topik Perintang)

Stapah@Salleh, Mazuin (2003) Penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Komputer Mata Pelajaran Prinsip Elektrik (Topik Perintang). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2875Kb

Abstract

Penubuhan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia (KKKPM) adalah untuk menyediakan peluang kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosioekonomi melalui pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses. Oleh yang demikian bahan pembelajaran yang disediakan untuk para pelajar haruslah sesuai dengan latar belakang akademik mereka. Justeru kajian ini bertujuan membina satu Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Komputer (MPKBK) Mata Pelajaran Prinsip Elektrik (Topik Perintang) untuk KKKPM. Perisian utama yang digunakan untuk membangunkan modul ini adalah Macromedia Authorware 6.5, Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop 6.0. Instrumen kajian yang digunakan pula adalah soal selidik yang telah diubahsuai oleh pengkaji melalui sumber yang telah disahkan. Populasi kajian melibatkan 33 orang pelajar Kolej Komuniti Segamat. Penganalisisan data menggunakan perisian Stat istical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 dan dapatan kajian dianalisis berdasarkan peratusan dan min. Setelah analisis kajian dijalankan, di dapati bahawa modul ini mempunyai kesesuaian dari segi kandungan dan memberi motivasi kepada pelajar berdasarkan purata nilai skor min yang diperoleh iaitu 4.40. Maka modul ini boleh dibangunkan untuk membantu pelajar menjalankan pembelajaran kendiri. Namun terdapat beberapa pembaikan dan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk diperhatikan semula bagi tujuan kajian akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
ID Code:1133
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:19 Apr 2011 16:27
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page