Kesediaan guru pelatih KUiTTHO memantau keselamatan pelajar dalam proses pengajaran di bengkel kejuruteraan pembuatan politeknik Malaysia

Talibin, Md Najip (2003) Kesediaan guru pelatih KUiTTHO memantau keselamatan pelajar dalam proses pengajaran di bengkel kejuruteraan pembuatan politeknik Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
957Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesediaan guru-guru pelatih KUiTTHO memantau keselamatan pelajar dalam proses pengajaran di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan Politeknik Malaysia dan seterusnya mengkaji adakah perlu diwujudkan Bukll Panduan Keselamatan Di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan untuk kegunaan guru pelatih. Responden terdiri daripada guru pelatih KUiTTHO yang mempunyai latarbelakang dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal bagi peringkat Diploma hingga Sarjana yang menjalani latihan mengajar di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan Politeknik Malaysia. Seramai 30 orang responden yang terpilih dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini pula adalah menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan juga temu bual. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai kesediaan yang tinggi dalam memantau keselamatan pelajar di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan semasa proses pengajaran dilakukan iaitu padajulat min di antara 3.82 hingga 4.043. Namun begitu, dalam hal keselamatan kesediaan guru pelatih perlulah berada pada tahap optimum agar tiada sebarang kemalangan berlaku. Justeru itu, salah satu cara meningkatkan lagi persediaan guru pelatih adalah melalui penggunaan Buku Panduan Keselamatan di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1-162 Mechanical engineering and machinery
ID Code:1134
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 15:18
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page