Amalan guru dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif dari aspek kolaboratif dan adaptasi di sekolah rendah

Ab. Latiff, Maizatul Azmah (2021) Amalan guru dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif dari aspek kolaboratif dan adaptasi di sekolah rendah. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MAIZATUL AZMAH BINTI AB. LATIFF.pdf

Download (782kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MAIZATUL AZMAH BINTI AB. LATIFF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (277kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MAIZATUL AZMAH BINTI AB. LATIFF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan salah satu inisiatif yang memberi peluang dan ruang pendidikan yang sama kepada murid berkeperluan khas (MBK). Namun begitu, pelaksanaan PPI terhad kepada perancangan untuk kemasukan MBK ke PPI sahaja. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti amalan guru dalam pelaksanaan PPI di dalam bilik darjah di sekolah rendah dari aspek peringkat kolaboratif, instruksional yang efektif dan adaptasi. Kajian ini dilaksanakan melalui kajian kes di tiga lokasi kajian yang berbeza tahap pencapaian UPSR, iaitu di sekolah berprestasi tinggi, sekolah berprestasi sederhana dan sekolah berprestasi rendah. Penyelidik telah melaksanakan kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumen sebagai instrumen. Temu bual berstruktur dilakukan kepada Guru Besar, Guru Kanan Pendidikan Khas, guru pelajaran dan guru pendidikan khas. Pemerhatian dan analisis dokumen juga dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa amalan guru dalam pelaksanaan PPI dari aspek peringkat kolaboratif, instruksional yang efektif dan adaptasi di sekolah rendah berbeza mengikut sekolah, dimana setiap sekolah mempunyai amalan baik yang boleh dicontohi dan amalan-amalan lain yang boleh ditambah baik. Berdasarkan temu bual, pemerhatian, semakan dokumen dan daripada pembacaan literatur, penyelidik telah mencadangkan penambahbaikan model-model pelaksanaan yang berkaitan dengan PPI sedia ada agar bersesuaian mengikut amalan guru dan sosio budaya di Malaysia beserta dengan senarai semak amalan guru dalam pelaksanaan PPI yang telah dibangunkan bagi memudahkan pelaksanaan PPI oleh guru. Amalan guru dalam pelaksanaan PPI dari aspek kolaboratif dan adaptasi di sekolah rendah berdasarkan model-model sedia ada yang telah ditambah baik dengan memberi penekanan kepada setiap langkah-langkah atau aktiviti dalam setiap peringkat kolaboratif, kaedah instruksional yang efektif dan adaptasi yang dilaksanakan dan diharap dapat membantu warga sekolah melaksanakan PPI dengan lebih berkesan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 22 Aug 2021 08:40
Last Modified: 22 Aug 2021 08:40
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1135

Actions (login required)

View Item View Item