Strategi pengajaran pembelajaran koperatif dalam tajuk rekabentuk dan penghasilan projek(matapelajaran kemahiran hidup)

Mohamad, Mimi Mohaffyza and Sarji, Md.Nazaruddin and Misman, Masitah (2008) Strategi pengajaran pembelajaran koperatif dalam tajuk rekabentuk dan penghasilan projek(matapelajaran kemahiran hidup). In: Seminar Kebangsaan Jawatakuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008), 13-15 December 2008, Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
93Kb

Abstract

Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan individu dari semua aspek iaitu jasmani, emosi, sosial, seni dan moral. Sistem pendidikan di Malaysia juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dan dapat membina tahap keyakinan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kaedah koperatif adalah satu kaedah alternatif selain kaedah berpusatkan guru. Kaedah ini dipilih bagi mendedahkan pelajar peringkat menengah rendah untuk kepada pembelajaran kendiri. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap pelajar Tingkatan Satu SMK Tun Aminah Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan satu dipilih kerana pelajar ini merupakan pelajar yang mengalami perubahan antara pembelajaran peringkat rendah dan peringkat menengah. Seramai 35 orang responden yang terlibat. Kajian meliputi aspek aras pengetahuan, aras kefahaman, tahap motivasi dan rumusan aspek-aspek tersebut dalam perlaksanaan kaedah koperatif. Ujian pra dan pos dikendalikan dan soal selidik sebagai instrumen untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah ini. Dapatan kajian menunjukkan setiap aspek yang dikaji merumuskan bahawa pelajar menerima kaedah ini sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada minat yang ditunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya kaedah ini boleh digunakan khususnya bagi tajuk-tajuk yang sukar dan memberi gambaran positif terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar-pelajar yang baru memasuki alam persekolahan peringkat menengah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Case Study
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:114
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:23 Feb 2010 10:53
Last Modified:15 Apr 2015 10:13

Repository Staff Only: item control page