Aplikasi nilai murni dalam pengajaran: satu kajian di kalangan pensyarah jabatan Kejuruteraan Awam Polimas

Md Safar, Md Nasir (2002) Aplikasi nilai murni dalam pengajaran: satu kajian di kalangan pensyarah jabatan Kejuruteraan Awam Polimas. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]
Preview
PDF
1213Kb

Abstract

Penyelidikan ini berkaitan untuk meninjau tahap kesedaran pensyarah dalam mengaplikasikan nilai murni dalam pengajaran. Oleh itu objektif kajian ialah meninjau sama ada nilai murni diaplikasikan dalam pengajaran, menyenaraikan nilai-nilai murni yang sering diutamakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran, mengenalpasti sama ada strategi penerapan nilai murni dapat membantu pensyarah dalam mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan mengenalpasti sama ada penerapan nilai murni meninggalkan kesan ke atas pelajar. Dengan menggunakan persampelan rawak mudah, seramai 74 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam daripada empat kursus telah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data-data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science versi 10.0 untuk mendapatkan min bagi memenuhi objektif yang ditetapkan. Microsoft Excel juga digunakan untuk mendapatkan jumlah skor bagi menjawab persoalan kajian yang kedua. Hasil kajian mendapati pengaplikasian nilai murni diamalkan oleh pensyarah di mana nilai hormat-menghormati mendapat keutamaan dalam pengajaran, pensyarah juga bersetuju bahawa penekanan strategi yang sesuai adalah perlu supaya usaha penerapan nilai murni meninggalkan kesan mendalam ke atas diri pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB0001 General
ID Code:1147
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 16:25
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page