Cabaran-cabaran kerja wanita dalam industri pembuatan

Taib, Nor Iffah (2001) Cabaran-cabaran kerja wanita dalam industri pembuatan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1210Kb

Abstract

Sumbangan wanita terhadap ekonomi negara sememangnya tidak boleh dinafikan. Namun begitu kerjaya mereka di peringkat pengurusan tinggi adalah agak berkurangan. Wan ita dikatakan mempunyai cabaran-cabaran dalam kerjaya. Wanita seringkali dikaitkan mempunyai pelbagai peranan yang menghalang kemajuan kerjaya mereka. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mehhat persepsi pekerja wanita terhadap cabaran utama yang mereka hadapi dalam mencapai kemajuan dalam kerjaya mereka. Kajian ini telah dijalankan ke atas 50 orang pekeIja wan ita di tiga buah kilang elektronik yang berasaskan sektor pembuatan. Data telah dikumpul dengan menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada mereka. Data dianalisis dengan menggunakan program statistik versi 10.0 bagi mendapatkan peratusan, purata dan kedudukan mengenai cabaran-cabaran pekerja wanita terhadap kerjaya mereka. Kajian ini mendapati responden kebanyakannya melihat keluarga, anak, peluang latihan, pencapaian akademik serta pihak pengurusan adalah di antara cabaran yang dihadapi dalam mencapai kemajuan kerjaya. Daripada lima cabaran tersebut, responden melihat pencapaian akademik lebih tinggi adalah merupakan faktor utama bagi mereka mencapai kemajuan kerjaya. Mereka berpendapat seandainya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi peluang untuk kenaikan pangkat adalah lebih baik. Peluang latihan yang terlalu terhad merupakan faktor kedua. Peluang latihan yang luas akan memberikan mereka lebih banyak pendedahan dan peningkatan dalam kerjaya mereka. Cabaran dari pihak pengurusan merupakan salah satu dari keadaan yang menyukarkan mereka untuk mencapai kemajuan kerjaya. Kajian mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu polisi insentif khususnya kepada pekerja swasta dalam peluang rnelanjutkan pelajaran dan memberikan pendedahan terhadap pengetahuan dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi. Bagi peluang latihan, organisasi sendiri perlu mewujudkan satu program yang bennutu yang dapat menghasilkan pekerja yang berkualiti dan di pihak individu pula mereka perlu mencari peluang itu sendiri dalam mempertingkatkan kemahiran diri. Secara tidak langsung dengan kemahiran yang ada skop pekerja tersebut dapat diperluaskan dan mereka boleh mengelakkan dari melakukan pekerjaan yang rutin sahaja. Kajian akan datangjuga dicadangkan supaya membuat perbandingan terhadap cabaran yang dihadapi oleh pekerja di sektor swasta dan sektor awam

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
ID Code:1154
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 16:30
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page