Pembinaan portal web jarum sebagai mekanisme tambahan dalam pembelajaran senireka fesyen

Jamaludin, Mohd Izal (2003) Pembinaan portal web jarum sebagai mekanisme tambahan dalam pembelajaran senireka fesyen. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
837Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkisar tentang keberkesanan pembelajaran melalui mekanisme tambahan menggunakan laman web. Terdapat laman web fesyen yang sedia ada seperti Fashion Net, Fashionnews, Fashionworld dan pelbagai lagi. Namun begitu, laman web tersebut tidak menepati kehendak pembelajaran dan lebih bersifat komersiaI. Oleh sebab itu, pelajar harus mempunyai pengetahuan di dalam teknologi intemet untuk mendapat sumber maklumat. Untuk menjadi sebuah koloni intelek dan sentiasa bersedia menerima perubahan era. Oleh yang demikian, pengetahuan serta kemudahan capaian intemet mesti digunakan oleh semua para pelajar dan juga pendidik. Altematifkepada masalah ini Portal Web Jarum dibangunkan sebagai mekanisme tambahan bagi pelajar senireka fesyen. Di dalam Portal Web Jarum ini , kajian keberkesanan Portal Web Jarum untuk mendapatkan pembelajaran dan rekabentuk antaramuka dikaji. Seramai 37 orang pelajar Diploma Senireka Fesyen, Semester Dua dipilih sebagai responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian I (Demografi), bahagian II : A (Kesedaran dan kefahaman), B (Kenyataan keberkesanan), C (Rekabentuk antaramuka), dan D (Pengisian maklumat), Bahagian III (Komen dan cadangan). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packcages for the Social Sciences). Datadata dipaparkan di dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai. Keputusan dibentangkan dalam bentukjadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Portal Web Jarum adalah menarik dan berkesan untuk di dalam pembelajaran senireka fesyen mengikLlt persepsi responden. Penggunaan Portal Web Jarum juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-5865 Telecommunication. Telegraph.
ID Code:1160
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:19 Apr 2011 15:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page