Ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri

Mohamad Hassan, Hasmida (2001) Ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1161Kb

Abstract

Dalam era teknologi maklumat dan globalisasi, penggunaan sistem perisian perakaunan yang berkesan untuk memproses data dan maklumat kewangan menjadi keperluan utama semua pihak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri sistem perisian perakaunan yang diperlukan oleh pihak industri. Empat ciri perisian yang disenaraikan dalam skop kajian ialah modul perakaunan bersepadu, 'customization', bentuk pelaporan dan jejak audit. Sejumlah 23 syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Setiap daripada syarikat terbabit mewakilkan eksekutif akaun yang mengendali sistem perisian perakaunan bagi menjawab soalan menerusi borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa ciri perisian perakaunan yang amat diperlukan oleh pihak industri ialahjejak audit dan modul perakaunan bersepadu, manakala ciri 'customization' dan bentuk pelaporan pula merupakan keperluan biasa. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir laporan bagi meningkatkan kepenggunaan dan pembangunan sistem perisian perakaunan yang lebih mantap.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:1162
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 16:10
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page